{1} بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
{2} الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
{3} الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
{4} مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
{5} إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
{6} اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
{7} صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu
jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan)orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.Maksud biasa Al Fatihah yang selalu dibahas oleh ulama ialah 'Surah Pembukaan' kerana ia terletak di permulaan surah iaitu di pintu Al Quran. Ertinya Al Fatehah adalah surah yang pertama. Akan tetapi ia bukan ayat yang pertama diturunkan oleh ALLAH. Ayat yang mula-mula turun ialah dari Surah Al 'Alaq sebanyak lima ayat. Sepatutnya Surah Pembukaan itu ialah Surah Al 'Alaq tetapi ia tidak disebut sebagai 'Surah Pembukaan' atau 'Surah Kemenangan.' Mengapa?
Di sini kita dapat rahsianya. Hikmahnya ialah kerana Al Fatihah itu mengandungi semua aspek sama ada aqidah, syariah atau akhlak. Terutamanya aspek syariah yang mana kalau diperluaskan, syariah itu ialah peraturan atau undang-undang sistem hidup. Manakala hikmah diturunkan Surah Al 'Alaq dahulu ialah Tuhan hendak tanamkan aqidah dahulu. Kalau aqidah belum ada; tidak tahu adanya Tuhan, tidak tahu kemampuan dan kuasa Tuhan; maka apa perlunya syariah.
Oleh itu walaupun Surah Al 'Alaq turun awal, ia tidak disebut sebagai Surah Pembukaan atau Surah Kemenangan kerana ia hanya menyebut satu juzuk iaitu aqidah. Al 'Alaq sahaja tidak mewakili seluruh Al Quran. Maka sebab itulah Surah Al Fatiehah yang meliputi seluruh isi Al Quran dijadikan surah pertama walaupun ia bukan surah yang pertama diturunkan.
